Monday, November 18, 2019

1. MEROSAKKAN KERETA

Pada 17 Mac 2011, di negara China, seorang pemilik kereta yang kaya mengupah beberapa pekerjanya merosak dan menghancurkan sebuah kereta mewah Lamborghini miliknya dengan menggunakan tukul besi yang besar kerana tidak berpuas hati dengan pihak penjual yang tidak dapat menyelesaikan masalah berhubung dengan penggantian enjin.

Anda jangan mencontohi pemilik itu walaupun anda adalah seorang jutawan. Lebih baik anda melepaskan kemarahan dengan cara yang tidak membazir seperti menjerit sekuat hati di atas bumbung bangunan atau bukit.  Lebih baik anda menjual sahaja kereta itu dan gunakan hasil jualan itu dengan menderma kepada orang miskin atau anak-anak yatim. Mungkin hari ini anda mempunyai wang yang banyak tetapi esok atau lusa, ianya belum tentu lagi. Kalau Allah mahu tarik balik rezeki anda, dalam sekelip mata sahaja boleh berlaku. 

Kita percaya perbuatan pemilik kereta itu merupakan orang yang tidak bersyukur dan terlalu ego dengan harta kekayaan yang ia miliki. Cuba anda renungkan satu peristiwa yang menyedihkan terjadi di Jepun, akibat gempa bumi dan Tsunami yang berlaku pada 11 Mac 2011, kemusnahan besar harta benda dan kematian yang ramai menyebabkan kerugian yang dialami oleh negara Jepun sehingga mencecah berbillion US dollar. Kerugian dan kemusnahan yang dahsyat itu sudah pasti melibatkan  semua golongan tanpa mengira miskin atau kaya.


No comments:

Post a Comment

30. KENAPA MANUSIA MENIPU

Sifat menipu merupakan sifat yang tidak baik untuk kita amalkan kerana boleh memberi kesan bukan sahaja kepada kita tetapi juga kepada ora...